Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Perkataan Chuchoh berasal daripada nama pokok. Pokok chuchoh menyerupai pokok buah salak. Manakala, perkataan puteri pula hanyalah rekaan penduduk setempat yang melihat pokok chuchoh bergerak seperti seorang puteri yang melambai apabila diterpa angin. Rpt chuchoh puteri berada 25 kilometer dari bandar Kuala Krai. Manakala, 12 kilometer daripada lebuh raya Kuala Krai ke Gua Musang. Chuchoh puteri merupakan kawasan berbukit bukau yang dipenuhi oleh pokok-pokok getah dan pokok-pokok buah-buahan milik penduduk tempatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


'ACADEMIC ONLINE GAMES'

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2018

Tujuan program ini dijalankan adalah bagi meningkatkan kemahiran penduduk kampung dalam menggunakan komputer. Disamping melakukan aktiviti yang berfaedah kepada pelajar-pelajar sekolah yang sedang bercuti. Staff Pi juga dapat memperkenalkan kelas-kelas yang kami sediakan secara percuma kepada para pengunjung yang berdaftar sebagai ahli Pi. Pelbagai aktiviti dan kelas yang menarik untuk penduduk kampung sertai pada tahun 2019 nanti....baca selanjutnya

KURSUS KEUSAHAWANAN INTERAKTIF LEARNING DIGITAL

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2018

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang Platform Keusahawanan Produk digital interactive Pendidikan serta cadangan membuka pusat tusyen sendiri, part – time mengajar tusyen dan mampu membantu menjana pendapatan lumayan. Disamping mengasah kebolehan ilmu penggunaan komputer. kursus ini juga dapat mengajar para peserta menjadikan kemahiran yang dipelajari sebagai sumber pendapatan. Program sebegini dapat melahirkan lebih ramai lagi usahawan di Kampung Chuchuh Puteri. Program ini semestinya akan merapatkan lagi hubungan antara staff PI Chuchuh Puteri, agensi lain dan penduduk kampung....baca selanjutnya

KEM SOLAT DIGITAL

Aktiviti Terkini | 30 November 2018

Tujuan program ini untuk melahirkan golongan yang cintakan agama islam dan solat. Bagi memudahkan lagi sesi pembelajaran, staff pusat internet mengambil inisiatif dengan menggunakan youtube sebagai sumber rujukan. Antara visi penubuhan pusat internet sendiri, untuk melahirkan golongan yang celik it. Kem sebegini dapat menarik lebih ramai golongan yang berminat untuk menggunakan internet kearah yang lebih positif. Kem ini juga memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa internet bukanlah platform yang negatif kepada golongan remaja tetapi internet juga merupakan sumber ilmu pengetahuan. Program sebegini juga dapat melahirkan golongan remaja yang berakhlak baik. Program ini juga merupakan satu inovasi pembelajaran ilmu agama, dimana sebelum ini lebih bersifat akademik semata-mata. Program secara digital ini merupakan pembelajaran yang fleksibel. Dimana program ini terdapat dua aspek iaitu tutorial dan juga amali. Para pelajar akan diajar menggunakan youtube, ceramah oleh imam, melakukan amali iaitu cara berwuduk dengan betul dan juga solat dengan tertib....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

ROADSHOW PRODUK: VIVO Y53 + FREE 105 GB INTERNET

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2018

Roadshow sebegini sangat bagus diadakan kerana menggalakkan penduduk kampung menggunakan telefon pintar. Dengan rangkaian internet secara percuma menggunakan wifi komuniti (WK), memudahkan penduduk kampung untuk mengakses internet. Tawaran ini juga membantu penduduk kampung memiliki telefon pintar dengan jimat. Penduduk kampung juga dapat menanyakan soalan secara langsung berbanding penjualan sebelum ini secara preorder. Penduduk kampung sememangnya gemar membeli secara langsung kerana mereka dapat melihat sendiri kualiti dan keistimewaan telefon tersebut.....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 23 September 2018

Tujuan program ini untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia. Selain itu, disebalik program yang santai ini staff PI dapat menyelit taklimat penting tentang penggunaan internet secara berhemah. Staff PI juga dapat memaklumkan kepada ibu bapa tentang perancangan aktiviti yang PI akan sediakan sekiranya mereka dan juga anak-anak mendaftarkan diri sebagai ahli. Program ini juga bertujuan untuk menarik lagi minat penduduk kampung untuk menghadiri kelas keusahawanan serta kelas ICT yang pusat internet sediakan....baca selanjutnya

MEWARNA KEMERDEKAAN 61- “SAYANGI MALAYSIAKU”

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2018

Aktiviti yang diadakan ialah mewarna sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 61 “Sayangi Malaysiaku”, klik dengan bijak dan penerangan tentang kelebihan menjadi ahli pusat internet chuchuh puteri, promosi jualan digi iaitu simpack dan juga tambah nilai serta penerangan tentang kelas keusahawanan serta ict yang diadakan di pusat internet chuchuh puteri setiap hujung minggu....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET PAHI

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Tujuan program ini untuk menambahkan lagi ilmu berkaitan keselamatan semasa berlakunya kebakaran dan program ini tersangatlah penting untuk petugas PI yang bertugas pada setiap hari kerana kejadian seumpama ini tidak boleh dijangka berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, kami (PI Manek Urai dan PI Chuchuh Puteri) bersepakat untuk menyertai program tersebut sebagaimana yang pihak HQ telah maklumkan pada kami sebelum ini....baca selanjutnya

KURSUS ASAS UKIRAN HENNA (YOUTUBE)

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2018

Aktiviti yang akan diadakan ialah tutorial henna dari artis henna, peserta akan didedahkan dengan pembelajaran melukis henna menggunakan youtube. Pertandingan henna paling kemas....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PUSAT INTERNET CHUCHUH PUTERI

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Tujuan program ini diadakan ialah untuk meraikan sambutan hari raya aidilfitri. Selain itu, program seperti ini juga dapat menarik penduduk kampung untuk datang ke pusat internet. Mendaftarkan diri sebagai ahli dan juga menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di pusat internet. Staff pusat internet juga dapat menjalinkan hubungan baik dengan agensi lain untuk sama-sama memajukan Rpt chuchuh puteri dengan membincang program yang boleh dijalankan bersama pada masa akan datang....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN (MENJAHIT APRON)

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2018

Kelas jahitan apron dibuat adalah bertujuan untuk belajar membuat pelbagai jenis apron menggunakan kreativiti sendiri dan disamping itu belajar bagaimana membuat apron mengikut kesesuaian pemakai. Pemilihan Jenis kain, warna kain, aksesori dan pattern menjadikan apron bertambah cantik dan bergaya dipakai. Disamping itu usahawan bakal mewarnai bidang jahitan dengan rekaan terkini yang menarik....baca selanjutnya

PROGRAM CHEF CILIK

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2018

Program ini sebagai pengenalan untuk membincangkan aktiviti yang boleh dijalankan secara bersama. Dimana guru dan juga pembantu di prasekolah dapat menjalankan aktiviti pengenalan komputer kepada pelajar di pusat internet. Kelas ini boleh dijalankan secara berkala supaya ianya berterusan bersesuaian dengan objektif pusat internet untuk melahirkan golongan yang celik IT. Program ini dijalankan secara santai sambal staff pusat internet memberikan penerangan berkaitan pusat internet. Berkaitan kelas komputer secara percuma, kelas tuisyen dan juga program-program menarik yang dijalankan pada setiap bulan....baca selanjutnya

PROGRAM IQ CHALLENGING ONLINE

Aktiviti Terkini |21 April 2018

Program “IQ CHALLENGING DIGITAL” ini mengandungi 3 permainan atas talian iaitu online coloring (6-7 tahun), puzzle (8-10 tahun), mind games (11 tahun dan keatas). Selain daripada mengajar penduduk kampung untuk mahir menggunakan komputer, permainan atas talian yang berunsurkan akademik ini dapat membantu mereka mencerdaskan minda sambil bersuka ria....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK CHUCHUH PUTERI

Aktiviti Terkini | 15 April 2018

Program ini memberi pendedahan tentang isu jenayah siber dalam kalangan mereka dan memberi kesedaran awal terhadap sebarang jenayah siber...baca selanjutnya

BENGKEL KECANTIKAN

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2018

Aktiviti yang dijalankan ialah kelas make up untuk peserta dan pelbagai Teknik telah diajar khususnya dalam bidang kecantikkan. Selain itu mereka mempraktiknya sendiri dan telah diselitkan dengan program KDB....baca selanjutnya

BENGKEL FOTOPHONE

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2018

Bengkel Photofon yang diadakan di PI1M Chuchuh Puteri melibatkan usahawan-usahawan Chuchuh Puteri dan juga Manek Urai. Dalam bengkel ini mereka belajar cara-cara menggunakan telefon tangan untuk mengambil gambar dalam posisi yang betul supaya item yang diambil kelihatan lebih menarik dalam mempromosikan produk masing-masing...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD ULANGTAHUN PERTAMA PI1M CHUCHUH PUTERI

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2018

Program ini dijalankan sempena ulangtahun pertama pusat internet 1 Malaysia Chuchuh Puteri. Program ini juga sebagai langkah menarik minat kaum ibu dan bapa untuk datang belajar komputer di Pi1M. Mereka juga akan menggalakkan anak-anak terlibat secara aktif dengan menyertai setiap program samaada berteraskan akademik ataupun permainan ICT yang selalu dianjurkan oleh staff Pi1M. Pi1M akan mengadakan kuiz berkaitan Klik Dengan Bijak serta E Waste kepada para peserta....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA DEWASA DAN KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2018

Program ini juga dapat merapatkan hubungan antara staff pusat internet dan juga pengunjung. Selain itu, dapat meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dengan selamat. Staff pusat internet akan mengambil peluang untuk memaklumkan tentang kelas akademik dan juga komputer yang dijalankan setiap hujung minggu di pusat internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK MANEK URAI

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2018

Program ini meningkatkan kesedaran pelajar sekolah dan para guru serta kakitangan sekolah tentang penggunaan internet secara selamat. Langkah-langkah bagi menghindarkan diri dari menjadi mangsa buli, penipuan membeli belah atas talian dan juga pencerobohan akaun peribadi....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti