Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Perkataan Chuchoh berasal daripada nama pokok. Pokok chuchoh menyerupai pokok buah salak. Manakala, perkataan puteri pula hanyalah rekaan penduduk setempat yang melihat pokok chuchoh bergerak seperti seorang puteri yang melambai apabila diterpa angin. Rpt chuchoh puteri berada 25 kilometer dari bandar Kuala Krai. Manakala, 12 kilometer daripada lebuh raya Kuala Krai ke Gua Musang. Chuchoh puteri merupakan kawasan berbukit bukau yang dipenuhi oleh pokok-pokok getah dan pokok-pokok buah-buahan milik penduduk tempatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM “PENDAFTARAN LESEN SSM PERCUMA”

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2021

PEDi Chuchuh Puteri telah mengadakan program pendaftaran lesen SSM secara percuma kepada golongan usahawan B40 dan juga pelajar IPT dan bekerjasama dengan PEDi Manek Urai...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: BERSAMA BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN “KESEDARAN PRODUK KECANTIKAN”

Aktiviti Terkini | 21 November 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Cherang Ruku di mana pihak PIK berkerjasama dengan PIK Chuchuh Puteri, Pik Bentong, Pik Kg Baharu Besut dan Pik Gua Musang Bersama pegawai farmasi jabatan negeri kelantan berkongsi cerita tentang kesedaran produk kecantikan....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: BERSAMA JABATAN PENJARA BENTONG “DI SEBALIK TIRAI BESI”

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Chuchuh Puteri di mana pihak PIK berkerjasama dengan PIK Manek Urai, Pik Bentong, Pik Kg Baru Besut dan Pik Karangan Bersama pegawai penjara Bentong berkongsi cerita tentang keadaan penghuni penjara bentong....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: BERSAMA KKM MENGENAI COVID 19 DAN CABARAN KESIHATAN

Aktiviti Terkini | 12 September 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Chuchuh Puteri di mana pihak PIK berkerjasama dengan PIK Bentong, Pik Cherang Ruku,Pik Karangan dan Pik Gua Musang Bersama doktor Klinik Kesihatan Manek Urai berkenaan Covid19 dan Cabaran Kesihatan....baca selanjutnya

APLIKASI ZOOM “ KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN”

Aktiviti Terkini |13 Ogos 2021

Pik Chuchuh Puteri telah bekerjasama dengan NZ Bunga Venture untuk kursus pengendalian makanan. Kursus ini disiarkan secara langsung melalui aplikasi “zoom” PIK Tanjung Emas di mana pihak Nz Bunga Venture memberi taklimat berkenaan kursus pengendalian manakanan . Peserta terdiri daripada penduduk setempat dan berada di rumah masing-masing secara atas talian....baca selanjutnya

LIVE BERSAMA KKM- KESIHATAN MENTAL (PENGURUSAN EMOSI)

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2021

PIK Chuchuh Puteri telah mengadakan Kerjasama dengan pihak Klinik Kesihatan Manek Urai berkenaan kesihatan mental. Antara PIK yang terlibat ialah Pik Bentong,Pik Karangan,Pik Manek urai dan Pik Gua Musang. Kesihatan mental sangatlah penting Ketika ini kerana kita perlu menguruskan emosi kita sebaik mungkin untuk menghadapi cabaran pandemik ini. ...baca selanjutnya

-->

PROGRAM FB PAGE SECARA LIVE

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2021

PIK Chuchuh Puteri telah mengadakan Kerjasama dengan Pik Bentong dan Pik Gua Musang berkenaan tips2 secara live di page Fb Pik. Antara tips ialah tips menghadapi pandemic Covid19,tips bekerja dari rumah, tips belajar dari rumah dan tips kewangan pada musim Pkp atau lockdown....baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASSIN

Aktiviti Terkini | 7 Mei 2021

Semperna bulan Ramadhan ini, staff pik Chuchuh Puteri telah mengadakan program ‘Bacaan Yassin atas talian’. Program ini telah diadakan di Pik Chuchuh Puteri. Program ini telah mengikut SOP yang telah ditetapkan dalam keadaan pandemic ini....baca selanjutnya

PROGRAM DERMA DARAH

Aktiviti Terkini | 10 April 2021

Pendekatan yang di ambil oleh pihak penganjur di sebabkan ingin membantu pihak KKM Kuala Krai dari segi menambahkan jumlah bekalan darah pada bulan Ramadan...baca selanjutnya

LIVE BERSAMA USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 7 & 24 Mac 2021

Ekoran pandemic Covid19 ini , pik Chuchuh Puteri telah bekerjasmaa dengan usahawan sekitar iaitu Seri Puteri Bakery dengan Chawee Creative Studio untuk slot Usahawan....baca selanjutnya

SANITASI TEMPAT AWAM KG CHUCHUH PUTERI

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2021

Program Sanitasi Kerjasama dengan Kawasan Rukun Tentangga di bawahh seliaan Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Krai....baca selanjutnya

KELAS MIKROBIT SIRI 2.0

Aktiviti Terkini | 15&16 Januari 2021

Pelajar darjah 4,5, dan 6 belajar cara menyusun code menggunakan makecode mikrobit untuk mengerakkan komponen elektronik...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti