PERTANDINGAN MENCIPTA KAD ULANGTAHUN PERTAMA PI1M CHUCHUH PUTERI

Aktiviti terkini | 23 Februari 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Chuchuh Puteri

Tujuan :
Tujuan utama program ini dijalankan ialah untuk meraikan penubuhan Pi1M di Kampung Chuchuh Puteri selama satu tahun. Program ini juga bertujuan menghargai sokongan penduduk kampung kerana menggunakan Pi1M dengan sebaik mungkin. Penduduk kampung menyokong setiap program yang dianjurkan di Pi1M. Staff Pi1M akan memberikan pendedahan berkaitan pentingnya penduduk kampung terutamanya golongan remaja untuk menguasai kepakaran menggunakan komputer. Meningkatkan kesedaran penduduk kampung tentang penggunaan internet secara selamat. Merapatkan hubungan antara ibu bapa dan juga staff pusat internet. Program ini juga bertujuan supaya penduduk kampung memberikan sokongan penuh setiap kali pusat internet menjalankan aktiviti. Staff pusat internet juga dapat memperkenalkan kelas-kelas yang kami sediakan secara percuma kepada para pengunjung yang berdaftar sebagai ahli pusat internet.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Menggalakkan penduduk kampung menghadiri kelas ICT yang dijalankan di Pi1M secara percuma setiap hujung minggu.
• Memberikan pendedahan kepentingan menguasai kepakaran menggunakan komputer.
• Merapatkan hubungan antara staff pusat internet dan orang ramai.
• Meningkatkan kesedaran menggunakan internet secara selamat. Menghindarkan diri dari bahayanya penggunaan internet secara salah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :