Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Perkataan Chuchoh berasal daripada nama pokok. Pokok chuchoh menyerupai pokok buah salak. Manakala, perkataan puteri pula hanyalah rekaan penduduk setempat yang melihat pokok chuchoh bergerak seperti seorang puteri yang melambai apabila diterpa angin. Rpt chuchoh puteri berada 25 kilometer dari bandar Kuala Krai. Manakala, 12 kilometer daripada lebuh raya Kuala Krai ke Gua Musang. Chuchoh puteri merupakan kawasan berbukit bukau yang dipenuhi oleh pokok-pokok getah dan pokok-pokok buah-buahan milik penduduk tempatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PEKA B40

Aktiviti Terkini | 12 Disember 2019

PEKA B40 adalah program berkaitan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)....baca selanjutnya

BANTUAN BANJIR BERSAMA PIHAK DIGI

Aktiviti Terkini | 07 Disember 2019

Pihak digi memberi sumbangan banjir kepada mangsa yang terjejas banjir di Kawasan Chuchuh Puteri...baca selanjutnya

KURSUS PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti Terkini | 29 November 2019

Program ini dijalankan bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya mendaftarkan diri sebagai pengendali makanan. Ramai dikalangan masyarakat yang tidak menyedari bahawa mereka perlu mendapatkan sijil dan suntikan vaksin bagi menjaga keselamatan dan kebersihan makanan atau minuman yang mereka sediakan...baca selanjutnya

CELIK IT BERSAMA FASTAQIM TUITION

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2019

Tujuan program ini dijalankan adalah bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan komputer. Disamping melakukan aktiviti yang berfaedah kepada pelajar-pelajar sekolah yang sedang bercuti pada hujung minggu. Staff Pi juga dapat memperkenalkan kelas-kelas yang kami sediakan secara percuma kepada para pengunjung yang berdaftar sebagai ahli Pi. Pelbagai aktiviti dan kelas yang menarik untuk penduduk kampung....baca selanjutnya

BENGKEL MUDAHNYA BLOG NIAGA

Aktiviti Terkini | 07 September 2019

Tujuan bengkel ini adalah secara umumnya untuk memberi pendedahan dalam bidang ICT kepada usahawan dan menggalakkan penggunaan ICT sebagai salah satu platform untuk berniaga secara besar-besaran tidak kira dalam negara atau luar negara. Selain itu, bengkel ini juga mampu memberikan peserta penjanaan pendapatan secara luar biasa dan setanding mereka yang telah berjaya di luar sana....baca selanjutnya

PROGRAM BINA UMMAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Aktiviti Terkini | 07 September 2019

Tujuan program ini diadakan ialah bagi mendidik masyarakat tentang internet. Dimana mereka perlu tahu bahawa internet dapat memberikan kebaikan dan juga keburukan sekiranya mereka salah guna. Melalui pembukaan booth ini, masyarakat diberikan pendedahan tentang bahayanya internet sekiranya digunakan tanpa kawalan. Orang ramai jugak dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik. Program seperti ini memberikan peluang luas kepada staff pi kerana dapat berhubung terus dengan masyarakat tempatan bagi mempromosikan perkhidmatan dan juga kelas-kelas percuma yang sering dijalankan. Promosi pendaftaran ahli dan juga myfreeview turut diadakan....baca selanjutnya

PROGRAM SUMBANGAN IKHLAS KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 24 - 26 Ogos 2019

Tujuan program ini diadakan lebih kepada sifat keprihatinan kami sebagai staff kepada agensi dibawah kementerian untuk membantu meringankan beban masyarakat dan meningkatkan taraf hidup mereka walaupun dengan perkara-perkara yang sederhana. Sempena bulan ogos /kemerdekaan juga, kami ingin penduduk kampung menghayati erti kemerdekaan dari sudut yang berlainan daripada seperti biasa. Dimana kemerdekaan bukan sahaja kita menyambutnya dengan cara melaungkan perkataan “merdeka” dan juga persembahan bunga api. Tetapi, kemerdekaan juga bererti membantu golongan yang kurang bernasib baik supaya mereka dapat merasakan kesenangan dan keselesaan hidup. Seperti mana pejuang kemerdekaan dahulu berusaha demi memberikan kebebasan kepada masyarakat Tanah Melayu. Melalui program seperti ini, secara tidak langsung dapat membantu golongan kurang bernasib baik merasakan keselesaan dalam berpakaian dan mengelak perbaziran akibat sikap boros sesetengah individu dalam membeli pakaian....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWAN BERSAMA PUSAT INTERNET DESA KUALA KRAI

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2019

Tujuan program ini dijalankan bagi membantu para usahawan yang berada di RPT Chuchuh Puteri dan yang berdekatan bagi meluaskan pasaran produk mereka. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, mereka bukan sahaja perlu pandai dalam pengurusan hal- hal seperti kos bahan mentah, kos penghantaran dan kos utiliti. Jika strategi pemasaran mereka masih dengan cara yang lama iaitu tidak menggunakan media social sebagai platform, perniagaan mereka akan static sahaja tanpa apa-apa perkembangan. Oleh itu, staff PI Chuchuh Puteri ingin mengadakan kelas keusahawanan ini bagi membantu mereka supaya menjadi usahawan yang serba boleh dan tidak ketinggalan zaman...baca selanjutnya

E-WASTE CARE, PAINTING CHALLENGE

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2019

Talk e-waste, kempen menjadikan Pusat Internet Chuchuh Puteri sebagai tempat pengumpulan barangan elektrik atau elektronik terpakai. Pertandingan melukis dan mewarna bertemakan e-waste diatas kertas major secara berkumpulan. kepada kanak-kanak yang berusia 7 hingga 9 tahun....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2019

Tujuan program ini dijalankan bagi meraikan bulan syawal dimana syawal merupakan bulan kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa. Melalui program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara agensi-agensi yang terdapat di RPT Chuchuh Puteri dengan penduduk kampung. Tujuan staff PI juga adalah bagi mendedahkan lagi fungsi PI kepada orang kampung supaya mereka lebih mengalakkan anak-anak dan juga diri mereka untuk melibatkan diri secara aktif dengan PI. Dimana mereka perlu tahu bahawa PI adalah tempat untuk mereka meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dan juga tempat bimbingan keusahawanan untuk membantu meningkatkan social ekonomi mereka....baca selanjutnya

BACAAN YASSIN

Aktiviti Terkini | 17 Mei 2019

Program bacaan yasin dijalankan pada permulaan operasi pusat internet pada april 2017 lagi dan ini merupakan kali kedua program keagamaan ini dijalankan. Kejayaan sesuatu institusi juga bergantung kepada program yang dijalankan sama ada yang mementingkan agama atau tidak. Diharapkan program ini dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak dan hubungan baik semua dapat dikekalkan. Akan diselitkan ceramah berkaitan “ganjaran pahala bagi seseorang yang puasa di bulan Ramadhan”....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN BUNGA DAUN PANDAN

Aktiviti Terkini | 03 Mei 2019

Tujuan kelas usahawan ini ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada golongan belia tentang pembuatan bunga pandan sebagai salah satu hasil seni memandangkan banyak permintaan untuk belajar dalam kalangan belia di sini . selain itu, program ini juga dapat melahirkan golongan yang kreatif dalam seni tangan. Daun pandan mempunyai khasiat atau kelebihan tersendiri. Daunnya mempunyai rasa ros, badam dan vanilla. Daun pandan salah satunya sebagai pewangi semulajadi di rumah atau di kereta dengan pelbagai bentuk rekaan supaya Nampak lebih menarik digunakan dan diletak di sudut tertentu. Daun pandan juga popular sabagai perisa makanan, pembalut makanan,ubat serangga dan juga teh pandan. Oleh itu , staff Pusat Internet ingin meneroka lebih jauh lg dari segi seni kreatif sebagai pewangi semulajadi...baca selanjutnya

PROGRAM CHEF CILIK BERSAMA PDK MANEK URAI

Aktiviti Terkini | 23 April 2019

Tujuan kelas chef cilik ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada anak-anak istimewa ini tentang cara membuat hiasan di atas roti....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN (PEMBUATAN BUNGA TELUR TISU)

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019

Tutorial membuat bunga telur menggunakan tisu oleh usahawan. Para peserta juga akan melihat tutorial pembuatan bunga telur tisu melalui youtube. Para peserta akan mengubah tisu menjadi bunga telur....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN (JAHITAN CUPCAKE PIN CUSHION)

Aktiviti Terkini | 08 Mac 2019

Tujuan kelas usahawan ini ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada golongan belia tentang cara pembuatan cupcake pin cushion. Beliau adalah salah seorang usahawan Manek urai. Oleh itu, kami menjemputnya untuk mengadakan program seperti di atas....baca selanjutnya

PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 05 Mac 2019

Tujuan kelas Slime ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada anak-anak istimewa ini tentang bahan membuat Slime. Selain itu, kami difahamkan oleh tenaga pengajar mereka, antara benda yang boleh merangsang sel-sel otak mereka ialah penggunaan Slime. Ini kerana Slime mempunyai bunyi yang dapat berhubung dengan deria bunyi anak-anak istimewa ini. kami akan membuat Slime ini bersama anak–anak istimewa melalui YOUTUBE yang akan dibuka semasa membuat Slime tersebut....baca selanjutnya

Program Keusahawanan Shopee

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2019

Program ini dijalankan bagi memberi latihan kepada para usahawan untuk mengetahui berkaitan strategi perniagaan menggunakan laman membeli belah atas talian. Jika sebelum ini para usahawan hanya menggunakan kaedah penjualan secara langsung atau menggunakan media social seperti facebook dan Instagram. Hal ini kerana mereka kurang ilmu berkaitan shopee. Dimana mereka bukan hanya boleh menjadikan shopee sebagai medan membeli belah atas talian tetapi mereka juga boleh memulakan perniagaan menggunakan laman shopee. Dimana mudah untuk mereka mempromosikan perniagaan serta pelanggan juga akan bertambah. Hal ini kerana mereka hanya menjual melalui kaedah bank in wang pembelian dan hanya perlu mengepos barangan yang dijual....baca selanjutnya

Doodle Challenge Art (Youtube)

Aktiviti Terkini | 25 Januari 2019

Tujuan program ini dijalankan adalah bagi mengetengahkan kesenian baru dikalangan penduduk. Selain itu, program ini juga dapat memahirkan para peserta tentang penggunaan computer. Terdapat individu yang menjadikan seni doodle sebagai punca pendapatan. Dimana lukisan yang dihasilkan dibingkaikan untuk dijadikan hiasan. Pendedahan seni doodle berkemungkinan akan menarik perhatian peserta untuk menjadikan kesenian sebagai punca pendapatan sampingan...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti