Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Perkataan Chuchoh berasal daripada nama pokok. Pokok chuchoh menyerupai pokok buah salak. Manakala, perkataan puteri pula hanyalah rekaan penduduk setempat yang melihat pokok chuchoh bergerak seperti seorang puteri yang melambai apabila diterpa angin. Rpt chuchoh puteri berada 25 kilometer dari bandar Kuala Krai. Manakala, 12 kilometer daripada lebuh raya Kuala Krai ke Gua Musang. Chuchoh puteri merupakan kawasan berbukit bukau yang dipenuhi oleh pokok-pokok getah dan pokok-pokok buah-buahan milik penduduk tempatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


EXPLORE RACE CELIK IT DAN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2017

Tujuan program ini dijalankan adalah bagi meningkatkan kemahiran penduduk kampung dalam menggunakan komputer. Disamping melakukan aktiviti yang berfaedah kepada pelajar-pelajar sekolah yang sedang bercuti. Staff Pi1M juga dapat memperkenalkan kelas-kelas yang kami sediakan secara percuma kepada para pengunjung yang berdaftar sebagai ahli Pi1M. Pelbagai aktiviti dan kelas yang menarik untuk penduduk kampung sertai pada tahun 2018 nanti....baca selanjutnya

KURSUS KEUSAHAWANAN JAHITAN ASAS APRON DAN TEDDY BEAR

Aktiviti Terkini | 14 November 2017

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada teknik jahitan asas untuk pembuatan apron dan juga patung mainan kanak-kanak. Disamping mengasah minat dan bakat penduduk kampung terutamanya kaum wanita, kursus ini juga dapat mengajar para peserta menjadikan kemahiran yang dipelajari sebagai sumber pendapatan...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M CHUCHUH PUTERI

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2017

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembukaan booth digi, dimana digi menyediakan nombor dan juga top up kupon untuk dijual kepada orang ramai. Digi turut menjual telefon pintar. Permainan video untuk kanak-kanak. Selain itu, pembukaan kaunter untuk 100 orang ahli percuma. Sebelah petang, sukan seperti meniup gula-gula dalam tepung, bola ping pong dalam sudu, belon kasih saying, musang berjanggut dan reput kerusi. Manakala, bagi golongan dewasa diadakan pertandingan gubahan tuala....baca selanjutnya

'3D Printer Training'

Aktiviti Terkini | 20 - 21 Oktober 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari lebih mendalam cara penggunaan 3D printer secara betul. Antaranya, mempelajari software penggunaan 3D printer....baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PI1M MANEK URAI DAN CHUCHUH PUTERI

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Majlis Perasmian PI1M Manek Urai & Chuchuh Puteri disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Ramzi b. Abd Rahman di PI1M Manek Urai pada 30 september 2017. Pelbagai agensi yang terlibat seperti AADK, Klinik Kesihatan, CMCF dan Perpustakaan Desa. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah indoor aktiviti (online coloring, puzzle dan fast typing, outdoor (sukaneka untuk anak-anak kampung)...baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2017

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah kuiz dan program Klik Dengan Bijak bersama pelanggan yang datang bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan yang ke -60 bertemakan 'Negaraku Sehati Sejiwa'...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK & E - WASTE

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2017

Pelajar di dedahkan dengan penyalahguaan internet seperti modul pembelajaran mengenai jenayah buli di dalam jenayah siber dan melaksanakan modul pembelajaran mengenai jenayah buli di dalam jenayah siber....baca selanjutnya

LAWATAN KERJA AHLI-AHLI SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA KE PI1M CHUCHUH PUTERI

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2017

Lawatan kerja ini bagi memantau aktiviti PI1M, persekitaran luar dan dalam PI1M supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan melihat perkembangan PI1M sebagai pusat perkembangan keusahawanan dan melahirkan golongan celik IT....baca selanjutnya

PROGRAM E-USAHAWAN (MDEC)

Aktiviti Terkini | 30 Julai 2017

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PI1M CHUCHUH PUTERI BERSAMA PENDUDUK CHUCHUH PUTERI A & B

Aktiviti Terkini | 08 Julai 2017

Sambutan ini dapat engeratkan hubungan antara pengurusan PI1M bersama penduduk kampung dan menyemarakkan aura bulan syawal...baca selanjutnya

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN KHATAM AL-QURAN SECARA DIGITAL

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Sempena bulan Ramadhan al-mubarak,Pi1m Chuchuh Puteri bekerjasama dengan Pi1m Manek Urai telah mengadakan program tadarus Al-quran dan khatam Al-quran secara digital bersama pelajar sekolah (Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai). Antara tetamu lain yang turut hadir ke majlis berkenaan ialah Ketua Puteri Umno Kuala Krai, Puan Zuraihah Muhammad dan wartawan akhbar Sinar Harian....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI IBU DAN HARI GURU TABIKA KEMAS DATIN HAJJAH SAMIAH RPT CHUCHUH PUTERI

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2017

Sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti sahsiah dalam diri murid dan mengasah serta menajamkan kemahiran berkomunikasi serta bermotivasi dalam diri murid-murid....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN

Aktiviti Terkini | 08 April 2017

Tujuan Program solat hajat dan bacaan yassin diadakan di pi1m chuchuh puteri ialah sebagai majlis pembukaan pi1m secara rasmi untuk kegunaan penduduk kampung. Program ini dapat mendekatkan pihak pi1m dengan penduduk kampung. Program ini juga dapat membantu pihak pi1m bagi menerangkan perkhidmatan dan kelas ict serta keusahawanan yang akan disediakan kepada penduduk kampung....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti