MEWARNA SEMPENA HARI MALAYSIA KERJASAMA PASTI RPT CHUCHUH PUTERI

Aktiviti terkini | 23 September 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :
Tujuan program ini untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia. Selain itu, disebalik program yang santai ini staff PI dapat menyelit taklimat penting tentang penggunaan internet secara berhemah. Staff PI juga dapat memaklumkan kepada ibu bapa tentang perancangan aktiviti yang PI akan sediakan sekiranya mereka dan juga anak-anak mendaftarkan diri sebagai ahli. Program ini juga bertujuan untuk menarik lagi minat penduduk kampung untuk menghadiri kelas keusahawanan serta kelas ICT yang pusat internet sediakan. Sebagai pusat menyampaikan maklumat, membantu melahirkan golongan yang celik It dan tempat pembelajaran ilmiah, pusat internet perlu menjalin hubungan baik dengan agensi-agensi lain yang berdekatan. Hal ini juga sebagai langkah kerjasama yang baik untuk membincangkan aktiviti bersama pada masa hadapan. PASTI juga merupakan sasaran pusat internet bagi melahirkan golongan yang bukan sahaja bijak dalam pembelajaran akademik tetapi juga mahir menggunakan komputer seusia awal 5 tahun. Kemahiran ini dapat membantu para pelajar dalam pembelajaran kelak.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Meraikan Hari Malaysia
• Memberi taklimat Klik Dengan Bijak
• Mempromosikan kelebihan menjadi ahli PI serta kelas-kelas yang PI sediakan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :