PERTANDINGAN MEWARNA DEWASA DAN KANAK-KANAK

Aktiviti terkini | 20 Januari 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Chuchuh Puteri

Tujuan :
Meningkatkan kesedaran penduduk kampung tentang penggunaan internet secara selamat. Merapatkan hubungan antara ibu bapa dan juga staff pusat internet supaya mereka kenal rapat dengan individu yang mengajar anak-anak mereka setiap hujung minggu. Program ini juga bertujuan supaya penduduk kampung memberikan sokongan penuh setiap kali pusat internet menjalankan aktiviti. Staff pusat internet juga dapat memperkenalkan kelas-kelas yang kami sediakan secara percuma kepada para pengunjung yang berdaftar sebagai ahli pusat internet.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Merapatkan hubungan antara staff pusat internet dan orang ramai.
• Meningkatkan kesedaran menggunakan internet secara selamat. Menghindarkan diri dari bahayanya penggunaan internet secara salah.
• Menarik minat ibu bapa menghantar anak-anak mereka menyertai kelas yang dianjurkan oleh pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :