Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Perkataan Chuchoh berasal daripada nama pokok. Pokok chuchoh menyerupai pokok buah salak. Manakala, perkataan puteri pula hanyalah rekaan penduduk setempat yang melihat pokok chuchoh bergerak seperti seorang puteri yang melambai apabila diterpa angin. Rpt chuchoh puteri berada 25 kilometer dari bandar Kuala Krai. Manakala, 12 kilometer daripada lebuh raya Kuala Krai ke Gua Musang. Chuchoh puteri merupakan kawasan berbukit bukau yang dipenuhi oleh pokok-pokok getah dan pokok-pokok buah-buahan milik penduduk tempatan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM JUALAN AKHIR TAHUN

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2022

Pedi Chuchuh Puteri telah mengadakan program Bersama Pedi Manek Urai iaitu program jualan akhir tahun. Pelbagai item terpakai seperti baju, seluar dan beg dijual di Pedi Chuchuh Puteri. Item-item terpakai mendapat sambutan di luar jangka dalam program tersebut...baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN- PEMBUATAN SABUN DAN PERFUME

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2022

Pedi Chuchuh Puteri telah berkerjasama dengan Pedi Manek Urai untuk program usahawan kelas membuat sabun dan pewangi. Peserta diberi ilmu tunjuk ajar cara cara untuk menyediakan sabun dan pewangi mengikut bahan-bahan yang diperlukan...baca selanjutnya

PROGRAM GAMES EDUCATION

Aktiviti Terkini | 8 Disember 2022

Pedi Chuchuh Puteri telah mengadakan program Bersama pihak Sekolah Chuchuh Puteri berkenaan Games Education. Program ini dijalankan dikalangan murid tahun enam. Games education penting untuk memastikan murid peka atau tidak terhadap sesuatu pembelajaran di dalam kelas....baca selanjutnya

PROGRAM CELIK IT DI KALANGAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) DI PEDI CHUCHUH PUTERI

Aktiviti Terkini | 7 Disember 2022

Pedi Chuchuh Puteri telah mengadakan program Bersama pihak Sekolah Chuchuh Puteri berkenaan celik IT di kalangan murid berkeperluan Pendidikan khas. Murid diajar tentang pekakasan komputer dan juga kegunaan. Selain itu murid diajar untuk menggunakan internet di dalam komputer....baca selanjutnya

PROGRAM KDB

Aktiviti Terkini | 6 November 2022

Pedi Chuchuh Puteri telah berkerjasama dengan Pedi Manek Urai, Pedi Pahi dan Pedi Kg Karangan untuk program KDB. Staff memberi taklimat dan penerangan tentang penggunaan internet secara selamat kepada semua pelajar....baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN- SOS PENCICAH

Aktiviti Terkini | 4 November 2022

Pedi Chuchuh Puteri telah berkerjasama dengan Pedi Manek Urai untuk program usahawan kelas sos pencicah. Peserta diberi ilmu tunjuk ajar cara cara untuk menyediakan sos pencicah mengikut bahan-bahan yang diperlukan...baca selanjutnya

PROGRAM KDB

Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2012

Pedi Chuchuh Puteri telah berkerjasama dengan Pedi Manek Urai untuk program KDB. Staff memberi taklimat dan penerangan tentang penggunaan internet secara selamat kepada semua pelajar....baca selanjutnya

PROGRAM KELAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 5 Oktober 2022

Pedi Chuchuh Puteri telah berkerjasama dengan Pedi Guchil untuk program Kelas Asas Shopee. Peserta diberi ilmu tunjuk ajar cara untuk mendaftar shopee, persiapan profil kedai, cara memuat naik produk dan juga pengurusan pembelian pelanggan....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA BOMBA FIRE DRILL

Aktiviti Terkini | 26 September 2022

Pedi Chuchuh Puteri telah mengadakan program Bersama pihak bomba dengan Kerjasama Pedi Manek Urai, Pedi Karangan dan Pedi Guchil....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2022

Pedi Chuchuh Puteri telah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan bersama penduduk sekitar. Ramai yang datang bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan. Pelbagai hadiah disediakan termasuklah untuk golongan ibu yang datang memberikan sokongan....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: TAZKIRAH IBADAH KORBAN

Aktiviti Terkini | 8 Julai 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Chuchuh Puteri di mana pihak PEDi berkerjasama dengan PEDi Manek Urai, PEDi Bentong, PEDi KG Batu Gajah dan PEDi Karangan bersama tenaga pengajar Maahad Rahmaniah Kuala Krai dalam tazkirah ibadah korban....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: BICARA KESIHATAN WASPADA HFMD BERSAMA DR.AZWAN HASSAN (KKMU)

Aktiviti Terkini | 9 Jun 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Chuchuh Puteri di mana pihak PEDi berkerjasama dengan PEDi Manek Urai, PEDi Bentong, PEDi KG Baru Besut dan PEDi Karangan bersama pegawai perubatan KKMU berkongsi ilmu berkaitan kesihatan iaitu waspada HFMD....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: SHOPEE TALK BERSAMA EN.KHUZAIRY (SHOPEE TRAINER)

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Chuchuh Puteri di mana pihak PEDi berkerjasama dengan PEDi Manek Urai, PEDi Bentong, PEDi Batu Gajah dan PEDi Karangan Bersama shopee trainer berkongsi ilmu berkaitan shopee talk iaitu salah satu platform perniagaan atas talian....baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASSIN

Aktiviti Terkini | 8 April 2022

Semperna bulan Ramadhan ini, staff Pedi Chuchuh Puteri telah mengadakan program ‘Bacaan Yassin”. Program ini telah diadakan di PEDi Chuchuh Puteri. Program ini telah mengikut SOP yang telah ditetapkan dalam keadaan fasa endemic ini....baca selanjutnya

PROGRAM DERMA DARAH

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2022

PEDi Chuchuh Puteri telah bekerjasama dengan KRT chuchuh Puteri dan Unit Tabung Darah HSip Kuala Krai dalam program derma darah...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: BERSAMA PERKESO (SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI)

Aktiviti Terkini | 9 Februari 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Chuchuh Puteri di mana pihak PEDi berkerjasama dengan PEDi Manek Urai, PEDi Bentong, PEDi Kg Baharu Gua Musang dan PEDi Karangan Bersama pegawai Perkeso negeri Pahang berkongsi cerita tentang skim keselamatan social pekerjaan sendiri....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: BERSAMA PERKESO (TUNTUTAN PERKESO: FAEDAH BENCANA KERJA)

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Chuchuh Puteri di mana pihak PEDi berkerjasama dengan PEDi Manek Urai, PEDi Bentong, PEDi Kg Baharu Besut dan PEDi Karangan Bersama pegawai Perkeso negeri Pahang berkongsi cerita tentang faedah bencana kerja....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti