KURSUS ASAS UKIRAN HENNA (YOUTUBE)

Aktiviti terkini | 13 Julai 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :
Tujuan program ini diadakan ialah untuk melahirkan lebih ramai golongan usahawan yang menjadikan internet sebagai medium mereka memulakan perniagaan, mencari idea dan juga memasarkan produk atau menawarkan perkhidmatan seperti ukiran henna. Internet dapat membantu usahawan berinovasi dalam memperkembangkan perniagaan mereka. Selain daripada belajar mengukir henna, peserta akan diberikan tips memulakan perniagaan dengan menjadikan YOUTUBE sebagai panduan ataupun tutorial.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Melahirkan usahawan ukiran henna yang lebih ramai
• Membuka mata masyarakat bahawa internet seperti YOUTUBE dapat membantu mereka memulakan serta mengembangkan perniagaan
• Berkongsi cara-cara menjadi usahawan yang fleksibel, iaitu boleh berniaga dalam pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan. Contoh, sekarang ukiran henna mendapat sambutan di kalangan masyarakat, jadi tidak rugi jika kita mengasah bakat untuk menjadi artis henna. Selain daripada minat, para peserta juga boleh menambah pendapatan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :