KEM SOLAT DIGITAL

Aktiviti terkini | 30 November 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :
Tujuan program ini untuk melahirkan golongan yang cintakan agama islam dan solat. Bagi memudahkan lagi sesi pembelajaran, staff pusat internet mengambil inisiatif dengan menggunakan youtube sebagai sumber rujukan. Antara visi penubuhan pusat internet sendiri, untuk melahirkan golongan yang celik it. Kem sebegini dapat menarik lebih ramai golongan yang berminat untuk menggunakan internet kearah yang lebih positif. Kem ini juga memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa internet bukanlah platform yang negatif kepada golongan remaja tetapi internet juga merupakan sumber ilmu pengetahuan. Program sebegini juga dapat melahirkan golongan remaja yang berakhlak baik. Program ini juga merupakan satu inovasi pembelajaran ilmu agama, dimana sebelum ini lebih bersifat akademik semata-mata. Program secara digital ini merupakan pembelajaran yang fleksibel. Dimana program ini terdapat dua aspek iaitu tutorial dan juga amali. Para pelajar akan diajar menggunakan youtube, ceramah oleh imam, melakukan amali iaitu cara berwuduk dengan betul dan juga solat dengan tertib.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Melahirkan golongan remaja yang cintakan agama islam dan solat.
• Melahirkan golongan remaja yang tertib melakukan solat dan berwuduk dengan betul.
• Melahirkan golongan yang celik IT.
• Menarik lebih ramai golongan yang berminat dengan program digital yang dijalankan oleh PI.
• Memberi taklimat KLIK DENGAN BIJAK.
• Mempromosikan kelebihan menjadi ahli PI serta kelas-kelas yang PI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :