LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET PAHI

Aktiviti terkini | 05 Ogos 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Pahi

Tujuan :
Tujuan program ini untuk menambahkan lagi ilmu berkaitan keselamatan semasa berlakunya kebakaran dan program ini tersangatlah penting untuk petugas PI yang bertugas pada setiap hari kerana kejadian seumpama ini tidak boleh dijangka berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, kami (PI Manek Urai dan PI Chuchuh Puteri) bersepakat untuk menyertai program tersebut sebagaimana yang pihak HQ telah maklumkan pada kami sebelum ini.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada petugas PI kaedah menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran/kecemasan.
• Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran.
• Menjalinkan hubungan erat bersama agensi yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :