LIVE BERSAMA KKM- KESIHATAN MENTAL (PENGURUSAN EMOSI)

Aktiviti terkini |15 Julai 2021

Tempat Aktiviti:
Page Pik Chuchuh Puteri

Tujuan :

• Tujuan live diadakan untuk memberi sedikit sebanyak ilmu yang berkaitan kesihatan mental iaitu pengurusan emosi.
• Seperti kita ketahui Emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi (mental) seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pada situasi.
• Antara tujuan lain ialah dengan memberi tips supaya kita mampu mengawal emosi kita sendiri supaya tidak memberi kesan kepada kehidupan akan datang.
• Tips ini telah disampaikan oleh Dr.Nasibah iaitu pakar kesihatan keluarga.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Antara intipati yang dibincangkan oleh staff Pik Bersama Dr Nasibah ialah merangkumi pengurusan emosi dan kesan jika tidak mampu mengawal emosi.
• Banyak tips dan pemasalahan yang dibincangkan di dalam live dan sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu berkaitan prngurusan emosi.
• Dalam mendepani kesan wabak Covid-19,kita mungkin terkesan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti kewangan, pekerjaan, keluarga, dan sebagainya sehingga boleh menjejaskan aspek kesihatan mental juga.
• Justeru untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih berkualiti maka pengurusan emosi perlulah diberi perhatian dan dipupuk setiap hari.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memberi panduan untuk pengurusan emosi
• Memahami kepentingan minda sihat
• Dapat mempelajari sesuatu yang baru berkenaan pengurusan emosi
• Mengeratkan hubungan staff dengan pihak KKM

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :