PROGRAM DERMA DARAH

Aktiviti terkini |10 April 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :

• Tujuan utama Program Derma Darah diadakan adalah kerana simpanan bekalan darah di Hospital Kuala Krai sangat berkurang.
• Jenis darah yang peratusan bekalan paling rendah adalah jenis darah A,B dan AB.
• Ini merisaukan pihak Hospital jika bekalan darah tidak mencukupi pembahagian bekalan darah kepada hospital yang lain terbantut.
• Program ini juga sangat membantu pihak hospital dapat menyimpan bekalan darah pada bulan puasa kerana di bulan puasa bilangan penderma darah teramat sedikit, dengan ini program derma darah dapat membantu sedikit sebanyak bagi mengumpulkan bekalan darah pada masa hadapan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Selain Program utama iaitu Derma Darah, pihak KKM juga mengadakan Pameran Kesihatan mengenai “mengenali dan cara-cara cegah penularan wabak Covid 19.
• Di samping itu juga pihak kami mengambil kesempatan membuka Kaunter pendaftaran vaksin Covid 19 memandangkan peratusan pendaftaran rakyat Kelantan paling sedikit.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Menambahkan bekalan darah di Hospital Kuala Krai
• Dapat memupuk budaya menderma darah di kalangan masyarakat.
• Meningkatkan kesedaran di kalangan Masyarakat kepentingan derma darah
• Merapatkan hubungan staff Pik dengan Krt Chuchuh Puteri dan juga pihak KKM Kuala Krai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :