PROGRAM MEWARNA HARI MALAYSIA PELAJAR TUITION DAN ICT PI CHUCHUH PUTERI

Aktiviti terkini |18 September 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :
• Kami mengadakan program ini bagi mengekalkan semangat perpaduan di kalangan kanak-kanak.
• Sebelum ini mungkin mereka kurang faham tentang pertubuhan Malaysia dengan penyertaan daripada Sabah dan Sarawak iaitu pada tanggal 16 september 1963.
• Kami akan menerangkan serba sedikit sejarah penyertaan Sabah dan Sarawak dalam membentuk negara Malaysia.
• Disamping penerangan sejarah, kami akan selitkan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) serta aktiviti pertandingan mewarna.
• Tujuan kami juga bagi mengalakkan para pelajar untuk datang ke kelas secara konsisten.
• Program sebegini juga akan menarik minat orang luar untuk mendaftarkan anak-anak sebagai ahli pusat internet serta menyertai kelas ict yang dijalankan setiap hujung minggu.

Kelebihan Aktiviti :
• Menarik minat orang luar untuk menyertai kelas tuition dan ict yang dijalankan di pusat internet setiap hujung minggu.
• Menyemarakkan semangat perpaduan dikalangan pelajar.
• Meningkatkan minat para pelajar dalam mempelajari sejarah-sejarah pembentukan Mlaysia.
• Menaikkan semangat para pelajar untuk terus datang menimba ilmu. Hal ini kerana, sudah lama kami tidak mengadakan program secara santai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :