KELAS MIKROBIT

Aktiviti terkini |2,9,16,23,30 Oktober 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :

• Kami mengadakan program ini bagi memperkenalkan mikrobit kepada para pelajar.
• Hal ini kerana mikrobit bersesuaian dengan subjek Reka Bentuk Teknologi bagi pelajar darjah 5.
• Setiap petugas PI telah menghadiri kursus secara atas talian dan telah menjawab kuiz melayakkan kami mendapat sijil serta mengajar kepada anak-anak tempatan.
• Seperti yang kita tahu, dunia sekarang berkembang maju dengan inovasi teknologi yang pelbagai seperti penggunaan robot dalam meringankan bebanan kerja manusia.
• Mikrobit juga seperti sebuah robot yang diprogramkan untuk menghasilkan bunyi, lampu, pergerakan dan juga bertindak balas atas faktor suhu serta sentuhan/goncangan.
• Pelajaran sebegini sangat membantu pihak sekolah serta pelajar kerana menjadi nilai tambah kepada pelajaran mereka tentang reka bentuk dan teknologi.
• Bagi penduduk luar bandar, pelajaran ini merupakan satu kemajuan supaya tidak ketinggalan jika berbanding dengan murid yang berada di bandar yang memang sudah terbiasa menggunakan mikrobit.

Kelebihan Aktiviti :
• Mengajar para pelajar tentang mengaturcara code mikrobit untuk menghasilkan lampu, bunyi dan juga pergerakan.
• Merupakan satu inovasi dalam pelajaran mereka tentang subjek reka bentuk teknologi. Mereka sangat teruja untuk mempelajari ilmu baru dan juga dapat mempraktikkan sendiri sehingga mikrobit berfungsi dengan baik sehingga melayakkan mereka mendapat sijil daripada pihak Arus academy.
• Membantu pelajar cilik dalam teknologi, betapa banyak ilmu teknologi yang mereka boleh teroka yang dapat membantu mereka memahami lebih lagi pelajaran akademik yang lain.
• Sijil yang mereka perolehi sangat berharga untuk digunakan di masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :