FIREDRILL, KDB, PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN SESI 2021/2022

Aktiviti terkini | 10 Mac 2020

Tempat Aktiviti:
Masjid Rpt Sungai Pas, Kuala Krai, Kelantan.

Tujuan :
• Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberikan pendedahan kepada orang kampung tentang punca berlakunya kebakaran dan langkah bijak yang boleh diambil bagi menangani kebakaran kecil yang berlaku.
• Program ini juga banyak membantu staff PI untuk menambah ilmu pengetahuan tentang pemadaman kebakaran di premis atau tempat kerja.
• Penduduk kampung juga dapat melakukan pendaftaran persekolahan anak (Prasekolah dan Darjah 1) dengan dibantu oleh staff PI yang bertugas.
• Bagi kampung yang mempunyai pusat internet, mereka mudah untuk mendapatkan tunjuk ajar bagi mendaftarkan anak-anak bersekolah secara online.
• Tetapi bagi Rpt Sungai Pas, mereka tidak ada kemudahan berkenaan yang menyukarkan mereka untuk berbuat demikian.
• Staff PI juga memberi ceramah KDB kepada pengunjung yang hadir supaya mereka dapat menjadi pengguna internet yang bijak dan juga terhindar dari menjadi mangsa jenayah atau mangsa buli siber.
• Tugas Staff PI untuk memberikan pendedahan dan didikan kepada masyarakat berdekatan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet terutamanya laman social seperti facebook, twitter,

Kelebihan Aktiviti :
• Memberikan tunjuk ajar kepada orang ramai dan Staff PI tentang punca berlakunya kebakaran, langkah mengelak dari terjadinya kebakaran dan cara memadam kebakaran yang betul dan selamat.
• Membantu orang ramai mendaftar persekolahan anak-anak (Prasekolah dan Darjah 1) secara online.
• Mendidik masyarakat menjadi pengguna internet yang bijak melalui ceramah Klik Dengan Bijak (KDB).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :