KURSUS PENGENDALI MAKANAN ONLINE

Aktiviti terkini | 17 Julai 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Manek Urai

Tujuan :
• Kami mengadakan program ini bagi memastikan pengendali makanan di sekitar pusat internet khususnya dan kuala krai amnya supaya mempunyai sijil sebagai pengendali makanan.
• Selepas mendapat sijil barulah mereka boleh ke hospital untuk mendapatkan suntikan vaksin tifoid.
• Kami bertanggungjawab memberikan kesedaran kepada pengendali makanan bahawa mereka perlu menghadiri kursus pengendali makanan supaya produk yang mereka hasilkan bersih, selamat untuk dijual kepada pembeli.
• Kursus secara online ini bertetapan dengan SOP yang perlu dijalankan sepanjang tempoh PKP ini. Jarak sosial antara peserta juga kami titik beratkan.

Kelebihan Aktiviti :
• Mengelakkan penularan covid-19.
• Supaya lebih ramai pengendali makanan seperti pekerja kedai makan, kantin, restoran, taska menghadiri kursus pengendali makanan.
• Supaya ilmu mereka berkaitan kebersihan dan keselamatan sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan atau minuman berketetapan dengan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Lebih-lebih lagi semasa pandemic covid 19 sekarang.
• Supaya para usahawan bergiat aktif menyertai kursus dan kelas-kelas yang disediakan oleh pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :