FB LIVE PREVIEW PRODUK USAHAWAN

Aktiviti terkini | 1 Julai 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :
• Kami mengadakan program ini bagi mengajar para usahawan untuk memberanikan diri menggunakan platform facebook untuk menjual produk mereka.
• Seperti yang kita tahu, kini merupakan trend para usahawan menjual barangan atau produk mereka dengan membuat siaran langsung.
• Hal ini lagi memudahkan para pembeli untuk melihat barangan atau produk jualan mereka dengan lebih jelas berbanding hanya memasukkan gambar sahaja.
• Para usahawan desa kebanyakannya tidak mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.
• Selain itu, mereka juga mempunyai kekangan lain seperti tidak mempunyai telefon pintar yang canggih dan juga internet yang perlahan.
• Kami menggunakan kelebihan yang ada di pusat internet untuk membantu dan melatih mereka maju selangkah dalam mempromosikan perniagaan mereka.
• Pusat internet juga mempunyai kelajuan internet yang sangat pantas. Hal ini sangat membantu dalam melancarkan siaran langsung yang akan dilakukan.
• Kami juga akan mengajar mereka cara-cara mempromosikan produk dalam siaran langsung dengan menarik supaya dapat meningkatkan jumlah penonton dan pembeli.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberikan ilmu keusahawanan kepada pengikut laman facebook.
• Menarik lebih ramai pengikut laman facebook kami “PUSAT INTERNET CHUCHUH PUTERI”.
• Menggalakan penggunaan media sosial dikalangan usahawan bagi mencari inovasi dan idea baru dalam dunia perniagaan.
• Meningkatkan hasil pendapatan usahawan dibawah bimbingan pusat internet.
• Mengajar para usahawan platform terbaru untuk mempromosikan perniagaan.
• Melatih para usahawan supaya lebih berani berinovasi bagi mengembangkan perniagaan.
• Membantu meningkatkan semula pendapatan para usahawan yang merosot ekoran pandemic covid 19.
• Mengelakkan penularan covid-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :