AKTIVITI PENGENALAN 'BACK TO SCHOOL'

Aktiviti terkini | 10 Januari 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :
Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memudahkan orang ramai bagi mendaftarkan anak-anak mereka memasuki kelas tuition. Rpt Chuchoh Puteri merupakan Kawasan pendalaman, dimana masyarakat sukar untuk menghantar anak mereka ke kelas tambahan. Hal ini kerana kekangan wang dan pengangkutan. Oleh itu, staff PI mengambil peluang dengan mengadakan kelas tuition ini bagi membantu orang kampung untuk meningkatkan penguasaan akademik anak-anak mereka. Kami juga menambah baik kelas tuition yang kami jalankan. Antaranya kami mengadakan ujian bagi setiap bulan bagi memastikan tahap kefahaman mereka terhadap silibus pengajaran yang kami lakukan. Kelas tuition ini percuma kepada ahli PI.

Kelebihan Aktiviti :
• Merapatkan hubungan antara staff Pi dan orang ramai
• Melahirkan golongan celik IT dan pintar dalam bidang akademik
• Merealisasikan peranan pusat internet sebagai sumber informasi dan juga membantu meningkatkan sosial ekonomi masyarakat setempat
• Dapat memperkenalkan pusat internet kepada lebih ramai pengunjung. Kelebihan dan perkhidmatan yang kami tawarkan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :