PENGENALAN KOMPUTER SI CILIK TASKA PERMATA CHUCHOH PUTERI

Aktiviti terkini | 26 Februari 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :
• Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak asuhan di Taska Permata dengan bantuan guru-guru yang bertugas seramai 2 orang dan pembantu taska 2 orang untuk mempelajari komputer secara asas.
• Untuk menarik minat kanak-kanak menggunakan komputer.
• Antara aktiviti yang akan diadakan ialah tampalan kertas warna menjadi bentuk komputer. Antara bahan yang digunakan ialah gam, kertas warna dan gambar komputer.

• Antara aktiviti lain ialah tayangan video menggunakan smart tv.
• Antara video yang akan ditayangkan ialah video abc, 123 dan juga doa-doa harian. Kanak-kanak ini juga akan menggunakan komputer untuk mewarna secara online.
• Aktiviti-aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menarik minat mereka menggunakan komputer untuk belajar, bukan hanya untuk hiburan semata-mata.

Kelebihan Aktiviti :
• Merapatkan hubungan antara staff Pi dan agensi berdekatan
• Melahirkan golongan celik IT dan pintar dalam bidang akademik.
• Merealisasikan peranan pusat internet sebagai sumber informasi dan juga membantu meningkatkan sosial ekonomi masyarakat setempat.
• Dapat memperkenalkan pusat internet kepada lebih ramai pengunjung. Kelebihan dan perkhidmatan yang kami tawarkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :