BICARA USAHAWAN (LIVE LAMAN FACEBOOK RASMI PUSAT INTERNET KOMUNITI CHUCHUH PUTERI)

Aktiviti terkini |4 Disember 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :

• Kami mengadakan program ini bagi memberikan inspirasi kepada wanita diluar sana supaya berani memulakan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.
• Mereka boleh menjadikan rutin harian sebagai mata pencarian rezeki bagi membantu keluarga meningkatkan pendapatan.
• Sepertimana tetamu jemputan kami yang hanya seorang ibu tunggal dan OKU tetapi kini mampu mempunyai 2 cawangan tempat penghasilan produk dan juga produk beliau berada di pasaran tempatan seperti di kedai-kedai makan dan stesen minyak.
• Mereka hanya memerlukan minat yang mendalam dan juga perlu menambah ilmu kepakaran supaya perniagaan yang dijalankan berterusan dan dapat bersaing dengan sihat dalam pasaran.
• Melalui perkongsian kisah dalam siaran langsung berkenaan juga, kami ada berkongsi tips-tips untuk menjadi usahawan yang Berjaya.
• Cabaran yang perlu disiap siaga. Diharapkan melalui siaran langsung berkenaan boleh menyuntik semangat golongan wanita terutamanya suri rumah untuk memulakan perniagaan.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada usahawan supaya mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bercakap dalam siaran langsung facebook untuk mempromosikan produk mereka.
• Menyuntik semangat pengikut lama facebook kami supaya memulakan perniagaan.
• Menunjukkan aras tuju dalam perniagaan supaya orang ramai tidak takut akan cabaran yang mereka hadapi jika berada dalam dunia perniagaan.
• Memberikan pencerahan tentang perkhidmatan yang terdapat di PIK CHUCHUH PUTERI terutamanya kepada golongan pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :