KELAS ASAS PEMBUATAN STICKER

Aktiviti terkini |29 Ogos 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Manek Urai

Tujuan :
• Kami mengadakan program ini bagi membantu para usahawan ataupun sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang pembuatan sticker.
• Hal ini kerana bagi usahawan kampung, mereka mempunyai banyak produk tetapi pasaran produk hanya secara kecil-kecilan.
• Tetapi bagi menarik para pembeli, mereka perlu melabelkan produk supaya dapat menarik minat para pembeli dan juga bagi tujuan pengiklanan.
• Hal ini kerana sticker mempunyai nombor telefon, maklumat media sosial peniaga dan juga bahan yang digunakan dalam penghasilan produk.
• Jika sebelum ini, mereka perlu menempah sticker di kedai yang harganya agak mahal.
• Mereka juga perlu mempunyai perisian komputer seperti photoshoot untuk menghasilkan sendiri sticker produk mereka.
• Kami mengambil peluang dengan mengadakan kelas yang hanya memerlukan rangkaian internet sahaja.
• Mereka akan diajar sampai boleh hasilkan sticker produk sendiri.

Kelebihan Aktiviti :
• Untuk mengajar para usahawan tentang internet yang boleh dimanfaatkan sebaik mungkin dalam menguruskan perniagaan.
• Mengajar para usahawan menghasilkan sticker produk sendiri.
• Membantu meningkatkan sosial ekonomi masyarakat setempat.
• Membantu para usahawan dalam penjimatan kos kerana boleh membuat sticker produk sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :