KURSUS PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti terkini | 29 November 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :
Antara pengendali makanan ialah penjaja dijalanan, pemilik restoran/hotel, warga asing yang menjual makanan kepada orang awam, catering, proses makanan dari rumah untuk jualan sama ada melalui online ataupun secara langsung, pusat jagaan atau tadika, kilang makanan, bakeri, dan kantin/asrama. Mereka boleh dedenda sehingga RM 10000 DAN 2 TAHUN PENJARA jika tidak mempunyai sijil pengendali makanan. Para peserta juga akan dijelaskan cara untuk mendapatkan suntikan vaksin. Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Sekolah Latihan Pengendali Makanan NZ Bunga Venture.

Kelebihan Aktiviti :
• Merapatkan hubungan antara staff Pi dan orang ramai
• Mengalakkan pengendali makanan mempunyai sijil pengendali makanan dan seterusnya mendapatkan suntikan vaksin
• Membantu orang ramai yang susah dan mempunyai kekangan masa, wang dan pengangkutan untuk menghadiri kursus yang diadakan jauh dari tempat tinggal. Sepertimana diketahui chuchuh puteri berada di pedalaman. Melalui kursus yang dijalankan di pusat internet ini dapat membantu penduduk sekitar memiliki sijil pengendali makanan
• Menggalakkan lagi penumbuhan usahawan dalam bidang kulinari di sekitar chuchuh puteri
• Meningkatkan social ekonomi usahawan desa

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :