BACAAN YASIN

Aktiviti terkini | 17 Mei 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :
Tujuan program ini dijalankan bagi menghormati bulan Ramadhan. Disamping menjaga hubungan baik antara pekerja pusat internet dan penduduk sekitar. Program bacaan yasin dijalankan pada permulaan operasi pusat internet pada april 2017 lagi dan ini merupakan kali kedua program keagamaan ini dijalankan. Kejayaan sesuatu institusi juga bergantung kepada program yang dijalankan sama ada yang mementingkan agama atau tidak. Diharapkan program ini dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak dan hubungan baik semua dapat dikekalkan. Akan diselitkan ceramah berkaitan “ganjaran pahala bagi seseorang yang puasa di bulan Ramadhan”.

Kelebihan Aktiviti :
• Mengimarahkan bulan Ramadhan al Mubarak.
• Mengeratkan hubungan pekerja pusat internet dan masyarakat sekitar.
• Memperkenalkan fungsi pusat internet dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat.
• Supaya pelaksanaan pusat internet berjalan dengan lancar sepanjang masa.
• Diharapkan pusat internet dapat menjadi pemangkin kejayaan anak-anak kampung dengan semua usaha dan program yang dijalankan samaada berbentuk ict, keagaamaan dan moral.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :