JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti terkini | 29 Jun 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :
Tujuan program ini dijalankan bagi meraikan bulan syawal dimana syawal merupakan bulan kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa. Melalui program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara agensi-agensi yang terdapat di RPT Chuchuh Puteri dengan penduduk kampung. Tujuan staff PI juga adalah bagi mendedahkan lagi fungsi PI kepada orang kampung supaya mereka lebih mengalakkan anak-anak dan juga diri mereka untuk melibatkan diri secara aktif dengan PI. Dimana mereka perlu tahu bahawa PI adalah tempat untuk mereka meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dan juga tempat bimbingan keusahawanan untuk membantu meningkatkan social ekonomi mereka.

Kelebihan Aktiviti :
• Mengimbau kembali permainan tradisional masyarakat setempat.
• Mengeratkan hubungan pekerja pusat internet dan masyarakat sekitar.
• Memperkenalkan fungsi pusat internet dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat.
• Supaya pelaksanaan pusat internet berjalan dengan lancar sepanjang masa.
• Diharapkan pusat internet dapat menjadi pemangkin kejayaan anak-anak kampung dengan semua usaha dan program yang dijalankan samaada berbentuk ict, keagaamaan dan moral.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :