E-WASTE CARE, PAINTING CHALLENGE

Aktiviti terkini | 19 Julai 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :
Tujuan program ini dijalankan bagi memberi kesedaran kepada penduduk kampung tentang kebaikan melupus sisa-sisa elektrik dengan cara yang betul supaya tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan dan persekitaran mereka. Tambahan pula, sekarang ini banyak kes-kes yang melibatkan pencemaran air dan udara disebabkan bahan kimia di Malyasia.. salah satu sebab pencemaran itu berlaku ialah barangan elektrik dan elektronik dibuang dengan begitu sahaja. Jika barangan elektrik atau elektronik dihantar ke pusat internet, pihak mcmc akan datang membuat pengutipan dan akan dilupuskan dengan cara yang terbaik. Kami mengisi aktiviti kempen berkenaan dengan pertandingan melukis dan mewarna serta Talk KDB dan E waste.

Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan pekerja pusat internet dan masyarakat sekitar.
• Memberi pendedahan kepada orang ramai tentang e-waste. Supaya mereka tahu bahawasanya penglupusan barangan elektrik atau elektronik dengan cara yang salah akan memberi kesan buruk kepada kesihatan badan dan mencemarkan persekitaran mereka.
• Melukis dan mewarna merupakan kaedah yang santai tetapi memudahkan orang ramai faham akan kempen kesedaran e-waste yang disampaikan oleh staff PI.
• Memperkenalkan fungsi pusat internet dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat.
• Supaya pelaksanaan pusat internet berjalan dengan lancar sepanjang masa.
• Diharapkan pusat internet dapat menjadi pemangkin kejayaan anak-anak kampung dengan semua usaha dan program yang dijalankan samaada berbentuk ict, keagaamaan dan moral.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :