Doodle Challenge Art (Youtube)

Aktiviti terkini | 25 Januari 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :
Tujuan program ini dijalankan adalah bagi mengetengahkan kesenian baru dikalangan penduduk. Selain itu, program ini juga dapat memahirkan para peserta tentang penggunaan computer. Terdapat individu yang menjadikan seni doodle sebagai punca pendapatan. Dimana lukisan yang dihasilkan dibingkaikan untuk dijadikan hiasan. Pendedahan seni doodle berkemungkinan akan menarik perhatian peserta untuk menjadikan kesenian sebagai punca pendapatan sampingan.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Merapatkan hubungan antara staff Pi dan orang ramai.
• Memperkenalkan seni doodle yang masih ramai yang tidak tahu.
• Melahirkan golongan yang berseni dan menyedarkan masyarakat bahawa kesenian boleh dijadikan sumber pendapatan samaada pendapatan sampingan mahupun pendapatan hakiki.
• Melatih para peserta mahir menggunakan computer kerana mereka perlu melihat cara penghasilan seni doodle menggunakan youtube, dan mereka perlu menghasilkan sendiri seni doodle yang bertemakan e-waste. Manakala, kanak-kanak akan mewarna seni doodle.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :