PROGRAM SUMBANGAN IKHLAS KEMERDEKAAN

Aktiviti terkini | 24 - 26 Ogos 2019

Tempat Aktiviti:
Pustaka Desa Chuchoh Puteri

Tujuan :
Tujuan program ini diadakan lebih kepada sifat keprihatinan kami sebagai staff kepada agensi dibawah kementerian untuk membantu meringankan beban masyarakat dan meningkatkan taraf hidup mereka walaupun dengan perkara-perkara yang sederhana. Sempena bulan ogos /kemerdekaan juga, kami ingin penduduk kampung menghayati erti kemerdekaan dari sudut yang berlainan daripada seperti biasa. Dimana kemerdekaan bukan sahaja kita menyambutnya dengan cara melaungkan perkataan “merdeka” dan juga persembahan bunga api. Tetapi, kemerdekaan juga bererti membantu golongan yang kurang bernasib baik supaya mereka dapat merasakan kesenangan dan keselesaan hidup. Seperti mana pejuang kemerdekaan dahulu berusaha demi memberikan kebebasan kepada masyarakat Tanah Melayu. Melalui program seperti ini, secara tidak langsung dapat membantu golongan kurang bernasib baik merasakan keselesaan dalam berpakaian dan mengelak perbaziran akibat sikap boros sesetengah individu dalam membeli pakaian.

Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan pekerja pusat internet dan masyarakat sekitar.
• Menghayati erti kemerdekaan dalam sudut yang berbeza daripada kebiasaan. Supaya penduduk kampung menjadi masyarakat yang prihatin kepada kekurangan penduduk yang lain. Saling membantu dan menjadikan amalan sedekah sebagai amalan kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka.
• Membantu golongan yang memerlukan supaya mereka dapat merasakan kesenangan dan keselesaan dalam berpakaian.
• Mengelak sikap berbazir akibat boros dalam membeli pakaian.
• Memperkenalkan fungsi pusat internet dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat.
• Supaya pelaksanaan pusat internet berjalan dengan lancar sepanjang masa.
• Diharapkan pusat internet dapat menjadi pemangkin kejayaan anak-anak kampung dengan semua usaha dan program yang dijalankan samaada berbentuk keusahawanan, ict, keagaamaan dan moral.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :