KELAS KEUSAHAWAN BERSAMA PUSAT INTERNET DESA KUALA KRAI

Aktiviti terkini | 17 Ogos 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Chuchuh Puteri

Tujuan :
Tujuan program ini dijalankan bagi membantu para usahawan yang berada di RPT Chuchuh Puteri dan yang berdekatan bagi meluaskan pasaran produk mereka. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, mereka bukan sahaja perlu pandai dalam pengurusan hal- hal seperti kos bahan mentah, kos penghantaran dan kos utiliti. Jika strategi pemasaran mereka masih dengan cara yang lama iaitu tidak menggunakan media social sebagai platform, perniagaan mereka akan static sahaja tanpa apa-apa perkembangan. Oleh itu, staff PI Chuchuh Puteri ingin mengadakan kelas keusahawanan ini bagi membantu mereka supaya menjadi usahawan yang serba boleh dan tidak ketinggalan zaman

Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan golongan usahawan desa yang menjadikan media social sebagai platform pemasaran produk mereka.
• Melahirkan golongan usahawan yang mampu melahirkan produk yang berkualiti tinggi dengan menjadikan internet sebagai pusat mereka berinovasi.
• Melatih para usahawan supaya menjadi seorang usahawan yang bersaing secara sihat dan mempunyai kreativiti sendiri untuk bertahan dalam pasaran.
• Mengeratkan hubungan pekerja pusat internet dan masyarakat sekitar.
• Memperkenalkan fungsi pusat internet dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat. Meningkatkan social ekonomi para usahawan.
• Supaya pelaksanaan pusat internet berjalan dengan lancar sepanjang masa.
• Diharapkan pusat internet dapat menjadi pemangkin kejayaan anak-anak kampung dengan semua usaha dan program yang dijalankan samaada berbentuk keusahawanan, ict, keagaamaan dan moral.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :